Tuesday, April 29, 2014

Kembara ke Kota Gelanggi, Pahang

Assalamualaikum..

Hmmmm... rupanya lama benau aku x singgah ke blog aku sendiri... masaalahnya aku pun
dah lupa.. aku ada blog.... ahaksss...
Ok lah.. aku nak ceritakan pengalaman aku pertama kali menjejakan kaki ke Gelanggi di
Pahang...

Kembara kali ni kalau tak silap aku.. seramai 18 orang dgn 5 buah kereta.. Kami bertolak pagi aku dah tak ingat pukul berapa kami bertolak dan sampai pukul berapa.. maklumlah agak lama jugak untuk aku nak ingat dengan detail.. Bak kata Harith Iskander... u pakai baju apa semalam pun i tak ingat... inikan pulak cerita 2.. 3 tahun yang lepas... hehehe.. jadi sepanjang penceritaan aku ni... biaulah gambau yang banyak berbicara ok....


Tarikh : 01 Muharam 2012
Lokasi : Kota Gelanggi, Pahang
Bil Peserta : 18 orang
Tempoh Masa : 3 hari 2 malam

Dari Melaka kami melalui... Tampin.. Bahau... Temerloh... Mentakab... Jerantut.. dan Gelanggi.. perjalanan lebih kurang.. 5jam...

Sampai di Gelanggi kami harus mendapatkan permit dahulu di Felda berdekatan.. Boleh tanya dgn pakcik yang jaga pintu masuk Kota Gelanggi ni. Berapa bayaranya.. dah lupa pulak...


Gambau kereta dan kawasan tapak perkhemahan..


Terus terang aku cakap.. kawasan Gelanggi ni tidak berjaga .. masuk ke kawasan ni dari pintu pagau kita dah boleh agak yang kawasan ni tidak diurustadbir dengan sempurna... Untuk rekod.. cewahhh dah mcm lawyer pulak aku ahaksss.... kawasan Gelanggi ni telah diserahkan kepada syarikat swasta iaitu Felda Residence.. Hancus beb tempat ni... sepatutnya tempat yang penuh sejarah macam ni dijaga dengan baik..supaya anak cucu kita nanti dapat jugak merasa suasana mencabar ni...
 
Jalan naik ke Gua Tongkat
Memang mencabar dengan batuan curam, licin dan tajam

Kawasan memang gelap... cuma ditemani api kabait je

Jejaka Hensem... Ahaksssss



Bukan tak ada Kemah tapi semua pilih nak tido open air..  




Hari terakhir di Gelanggi.. Buat kenangan

Ok... rumusan aku... sekiranya inginkan cabaran tanpa memikirkan keselesaan.. this is ok...
Nasihat aku... bawak kabait dlm 4 atau 5 bekas.. bergantung pada penggunaan..tandas.. tempat mandi... surau.. memang ada disediakan... tapi kawasan ni tiada lampu elektrik..

Jaga kebersihan.. dan yang paling penting jaga adab dan tatasusila... maklumla kawasan ni masih lg ada
penjaganya.. Ikut petua orang2 tua.. jangan main semborono sajer...

Setakat ni dulu aku bercerita... sambung lain kali....