Dalam perjalanan pulang dari Gelanggi kami sempat singgah ke makam pejuang dan pahlawan negara Mat Kilau.
Aku rasa tak perlu aku terangkan siapa Mat Kilau... Kalau tak kenal baik mati lagi bagus... tak payah nak semak duduk kat Malaysia ni. Orang Melaka bahasa memang kasau be.. tapi hati baik... ahaksss
Kami berada di makam ni lebih kurang 30 minit dan seterusnya bergerak ke suuatu destinasi lain.
Dari Kg Pulau Tawar tempat bersemadinya Mat Kilau ni... kami bergerak kearah pekan Jerantut kemudian memasuki kawasan pperkampungan orang Asli.
Lebih kurang 1 jam perjalanan menempuhi kawasan penempatan orang Asli ni... sampailah kami ke tempat terakhir kembara ke Pahang pada kali ini...
Syiokk beb mandi sini... airnya sejuk... jernih... lagipun masa kami disini.. pengunjung pun tak ramai.. apa lagi.. buat macam rumah sendiri la...
Kami habiskan masa dalam 3 jam disini sebelum bertolak balik ke Melaka.
Pendapat aku mengenai kembara kami ke Pahang pada kali ini boleh dikatakan tercapai. walau ada antara kami yang dapat bersama untuk semalam sahaja.. tapi aku bagi credit dan salute pada yg dapat menghabiskan program 3 hari 2 malam kembara ke Pahang pada kali ini.
No comments:
Post a Comment